Salam,
Malam ni baru sempat nak celoteh sikit kat blog, maklumla, tengah sibuk ngan mid term exam. Budak yang periksa, aku pulak yang risau bagai, sampai terbawak2 dlm mimpi risaukan pelajar leh jawab ke tak...
Malam ni aku nak share pasal braces aka gigi besi la.. untuk pengetahuan sumer, aku baru je pasang braces kat klinik gigi amim, kat taman u, skudai. Mula2 pasang dengan Doktor Eita, doktor tu baru kata nurse2 kat ctu, cuak jugak la. So first time datang, doktor akan terang sedikit sebanyak pasal braces, n terus buat x ray.. tujuan x ray ni nak tgk gigi yang ada dalam gusi, kut2 la masa pakai bracea, gigi ni gatal nak kuar, tak ke naya..
So, bila dah buat x ray tu, baru la tau, aku punya gigi bongsu blum keluar. Doktor kata, kalau dia degil nak kuar jugak, terpaksa bedah amik dia tau, ,acam ngeri pun ada bila dengar bedah ni. Maklumla, aku macam ada serik sikit ngan pembedahan ni, 2 org anak aku kuar ikut tingkap.
Lepas wat x ray, doktor amik acuan bentuk gigi. Macam best la plak rasa getah yang guna utk acuan tu, macam gula2 getah pepermint. Doktor kata gusi atas aku bentuk v n yang bawah bentuk u. So, nak kena bentukkan yang atas jadi u la. Doktor suggest aku pakai metal braces. Buat appointment nak buat ujung minggu. Bukan apa, risau takut sakit, nanti camana nak g kerja
Hari sabtu, 5 hb 4 2014, dengan rasminya aku serah diri kepada doktor untuk apa2 kan gigi aku. Mula2 doktor bersihkan dulu gigi2 yang terlibat, lepas tu baru doktor lekatkan braket. Dah siap tampal braket, doktor suh tunggu 2 jam sebelum pakai dawai n getah. So, boleh la pusing2 kat jusco taman u sementara nak habiskan 2 jam tu. Masa pasang braket,sakit tak? Jawapan nya, langsung tidak. Cuma ada rasa ngilu sikit2 je masa doktor nak tampal tu.
Dah cukup 2 jam, aku pergi la blik jumpa doktor. Doktor pasangkan dawai, and getah2 comel tu, namanya rubber tie. Mula2, aku pilih kaler putih, konon2 tanak bg nmpk sgt la aku pakai braces, tp sbnry lg susah jaga ada la. Mkn kari pun, getah tu bertukar jd merah.. sakit tak? Tak sakit sgt la, biasa2 je.. petang tu siap leh mkn ayam mc d lg
Nak dijadikan cerita, selepas sebulan pakai, braket tu tanggal, so hari ahad, 4 hb 5 hr tu aku pergi la blik. Kebetulan plak, doktor amim yg bertugas., kata nya doktor eita dah berhenti. So kena continue ngan doktor amim.. doktor amim kata, gigi aku tak gerak sangat, kena cabut, hari tu jugak cabut gigi geraham kecil 2 batang. Fyi, aku pasang braces atas je. Malu tau cabut gigi, budak2 kt klinik pun leh gelakkn aku.. pastu, baru pasang blik braket n dawai. Masa ni dah mula sakit. Sakit bukan sbb gigi gerak, tp sbb dawai mencucuk pipi sblh dalam. Tension tp aku ingatkn menda biasa. So wat tak tau je la.. tp...
Tadi dah tak tahan sangat dah, sampai berdarah2 pipi dalam, apa kes kan? Pergi la jmp blik doktor. Doktor pompuan bertugas, dia tolong trimkan dawai yang keluar cucuk2 pipi tu., baru la oksikit, tp nk bckp still sakit la..,
Cik Gigi Hijau berselfie
So, what's next? Tggu aku update blog pasal braces ni lg yup... hope bleh bantu korang yg bercita2 nak berbraces
Nak tau pasal kos, nanti aku share yup, tggu dah free n kurang sakit sikit yup.. papai
Harga berapa ya?
ReplyDelete